(Kelas ICT) Kelas Membuat Video Animasi Menggunakan Powerpoint & KDB (Sesi II)

23 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2020 yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Semop telah menjemput pelajar tingkatan 5 daripada SMK Semop untuk mengikuti Kelas Membuat Video Animasi Menggunakan Powerpoint & KDB di Pusat Internet Komuniti Semop. Kelas ini bermula dari jam 3.00 hingga 5.00 petang. Kelas ini disertai oleh 5 orang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2020. Oleh itu, memandangkan mereka tiada kelas untuk hujung minggu mereka bersetuju untuk mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh pihak PIK Semop di atas persetujuan daripada ibubapa pelajar tersebut.

Kami dari Pusat Internet Komuniti Semop berharap agar pelajar dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kelak. Untuk makluman, kami sangat mengalu-alukan kehadiran pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di Pusat Internet untuk tujuan mencari maklumat dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, memandangkan sekarang kita masih dalam situasi tidak selamat akibat penularan wabak Covid-19, atas saranan kerajaan kami dari Pusat Internet Komuniti mengambil inisiatif pencegahan dengan mengambil berat keselamatan dan kesihatan setiap aktiviti atau program di PIK seperti mengamalkan penjarakan sosial, mewajibkan semua pengguna memakai penutup hidung dan muka dan membasuh tangan menggunakan hand sanitizer serta memberi penerangan tentang langkah keselamatan dan pencegahan awal.

Selamat maju jaya kami ucapkan buat adik-adik yang rajin berusaha menimba ilmu untuk kegunaan akan datang. Terima kasih juga kerana memilih Pusat Internet Komuniti Semop sebagai lokasi pilihan untuk mengulangkaji pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali